kamarolhalim.blogspot.com

Tuesday, November 9, 2010

Tanjung Dawai Beach, Kedah, Malaysia.

   Pemandangan ini dirakamkan semasa saya datang bersama isteri & anak untuk menghadiri makan malam anjuran sahabat handai isteri saya. 
   Sementara menunggu giliran untuk mendapatkan tempahan meja di kedai Seafood sempatlah saya merakamkan gambar untuk tatapan pengunjung blog saya.
    Lokasi pemandangan ini dirakamkan di Pantai Tanjung Dawai, Kedah, Malaysia menjelang mentari melabuhkan sinarnya dialam nyata yang fana ini.

Low Light Photography Workshop at Putrajaya.

    Gambar ini diambil semasa 
En. Sharkawi Che Din menganjurkan kelas Low Light Photography di Putrajaya, Kuala Lumpur disamping 4 peserta yang lain.
    Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana menganjurkan kelas berkenaan dan saya bersyukur kerana dapat menghadiri kelas tersebut yang julung kali diadakan.
    Segala ilmu yang dipelajari akan dipraktikan pada masa akan datang.
      Terima kasih, En. Sharkawi Che Din..... 

Saturday, October 9, 2010

Thursday, October 7, 2010

Bakal Penulis Bebas


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Zamri Muhammad kerana sudi menganjurkan Bengkel Penulisan Hujung Minggu Penulis Bebas pada 2 Oct 2010 yang lepas. 
Segala ilmu yang dicurahkan akan dimanafaatkan oleh saya dan memberikan hasil penulisan yang mantap berinfomasi. Disamping itu juga, saya akan cuba mengabungkan elemen penulisan ini dan juga elemen fotografi untuk tatapan pengunjung dan pembaca blog saya. 
Dan pujian harus diberikan kepada Tuan Zamri Muhammad kerana usaha beliau memertabat Bahasa Melayu dalam penulisan dan juga melahirkan ramai lagi penulis bebas yang berilmu dan berkualiti, syabas kepada beliau dan usaha ini harus contohi oleh orang lain tidak kira apa bidang sekalipun tetapi mempunyai matlamat untuk membantu bangsa sendiri dan juga seagama. 
Tidak ketinggalan juga, Puan Ana yang merantau jauh dari utara semenanjung syabas kepada beliau kerana datang menghadiri bengkel yang dianjurkan. Segala penat lelah, usaha dan rintangan yang beliau tempuhi moga dapat ilmu yang diperlukan. 
Puan Alin yang berpengalaman luas dinegara asing juga harus dicontohi kerana beliau mempunyai azam yang kuat untuk mengharungi rintangan hingga sampai ke tahap ini berpandu kepada pengalaman yang beliau tempuhi sebelum ini. 
Disamping itu juga, kami diberi oleh Tuan Zamri Muhammad senaskah buku hitam sebagai peneman peserta dan pena untuk ditulis oleh kami, segala idea yang terdapat didalam minda peserta dan dicurahkan dalam bentuk tulisan didalam buku tersebut.
Akhir kata, ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Zamri Muhammad.


 








Wednesday, August 18, 2010

Basic Flash Photography Workshop

Kursus ini dianjurkan oleh En Hafiz Itam bertempat di Harritage Station Hotel, Kuala Lumpur. Objektif kursus ini yang dianjukan oleh beliau adalah untuk memperkenalkan kepada para peserta tentang penggunaan speed light dengan cara yang betul dan teknik yang biasa digunapakai pada masa kini.
Terima Kasih En. Hafiz.
Kursus Makro jangka pendek yang dianjurkan Oleh Cikgu Sharkawi Che Din di Taman Perdana, Putrajaya.
Terima Kasih Cikgu

Guru, Sahabat & Mentor

Prinsip hidup yang aku amalkan seharian dalam hidupku adalah menghormati sahabat & guru. Sesiapa yang menyampaikan sesuatu ilmu kepada aku layak digelarkan dia sebagai guru. Terima kasih kepada En. Sharkawi Che Din kerana beliau merupakan guru yang bertanggungjawab memperkenalkan dunia fotografi terutamanya didalam skop yang aku minati iaitu lanscaping, low light & macro. Masih ku ingati sehingga sekarang amanat beliau sebelum dia mengakhiri pertemuan singkat kami, "Amalkan ilmu yang dipelajari & banyak kan berusaha". Terima kasih Cikgu Sharkawi.

Pantai Merdeka, Kedah, Malaysia.

Pemandangan sewaktu senja di Pantai Merdeka, Kedah Darul Aman. Isteri dan anak ku sebagai peneman sewaktu merakam gambar ini.

Saturday, August 14, 2010

Lightning catch

Gambar ini diambil semasa keadaan hujan. Pada masa itu kilat sedang sabung menyabung, saya yang berada ditempat tinggi, memberanikan diri mengambil DSLR Nikon dan tripod terus membuat setting pada kamera dan merakam sejumlah gambar yang mampu saya ambil. Ternyata merakam gambar kilat semasa hujan memberi cabaran kepada saya dari segi ketepatan setting yang dibuat, masa yang sesuai untuk merakam gambar tesebut dan meberi perlindungan tambahan kepada peralatan fotografi. Setting yang dibuat merangkumi penggunaan apature yang betul, shutter speed dan white balance yang bersesuaiandengan keadaan yang hendak dirakam. Tetapi jangan dilupakan juga keselamatan diri semasa berada ditempat tinggi supaya kecelakaan dapat dihindari. Semoga saya dapat merakam gambar kilat yang  berlatarbelakang bangunan yang menarik dan dapat diabadikan untuk kenangan semasa hayat saya, 
Insya Allah.

Friday, August 13, 2010

Menghargai Alam & Kehidupan Semulajadi

Inilah manafaat yang diperolehi dari penulisan blog sendiri & semoga penulisan ini dapat mengingatkan kita bahawa tanggungjawab menghargai alam & kehidupan semulajadi datangnya dari usaha kita dahulu.