kamarolhalim.blogspot.com

Saturday, August 14, 2010

Lightning catch

Gambar ini diambil semasa keadaan hujan. Pada masa itu kilat sedang sabung menyabung, saya yang berada ditempat tinggi, memberanikan diri mengambil DSLR Nikon dan tripod terus membuat setting pada kamera dan merakam sejumlah gambar yang mampu saya ambil. Ternyata merakam gambar kilat semasa hujan memberi cabaran kepada saya dari segi ketepatan setting yang dibuat, masa yang sesuai untuk merakam gambar tesebut dan meberi perlindungan tambahan kepada peralatan fotografi. Setting yang dibuat merangkumi penggunaan apature yang betul, shutter speed dan white balance yang bersesuaiandengan keadaan yang hendak dirakam. Tetapi jangan dilupakan juga keselamatan diri semasa berada ditempat tinggi supaya kecelakaan dapat dihindari. Semoga saya dapat merakam gambar kilat yang  berlatarbelakang bangunan yang menarik dan dapat diabadikan untuk kenangan semasa hayat saya, 
Insya Allah.

No comments:

Post a Comment