kamarolhalim.blogspot.com

Wednesday, August 18, 2010

Basic Flash Photography Workshop

Kursus ini dianjurkan oleh En Hafiz Itam bertempat di Harritage Station Hotel, Kuala Lumpur. Objektif kursus ini yang dianjukan oleh beliau adalah untuk memperkenalkan kepada para peserta tentang penggunaan speed light dengan cara yang betul dan teknik yang biasa digunapakai pada masa kini.
Terima Kasih En. Hafiz.
Kursus Makro jangka pendek yang dianjurkan Oleh Cikgu Sharkawi Che Din di Taman Perdana, Putrajaya.
Terima Kasih Cikgu

Guru, Sahabat & Mentor

Prinsip hidup yang aku amalkan seharian dalam hidupku adalah menghormati sahabat & guru. Sesiapa yang menyampaikan sesuatu ilmu kepada aku layak digelarkan dia sebagai guru. Terima kasih kepada En. Sharkawi Che Din kerana beliau merupakan guru yang bertanggungjawab memperkenalkan dunia fotografi terutamanya didalam skop yang aku minati iaitu lanscaping, low light & macro. Masih ku ingati sehingga sekarang amanat beliau sebelum dia mengakhiri pertemuan singkat kami, "Amalkan ilmu yang dipelajari & banyak kan berusaha". Terima kasih Cikgu Sharkawi.

Pantai Merdeka, Kedah, Malaysia.

Pemandangan sewaktu senja di Pantai Merdeka, Kedah Darul Aman. Isteri dan anak ku sebagai peneman sewaktu merakam gambar ini.

Saturday, August 14, 2010

Lightning catch

Gambar ini diambil semasa keadaan hujan. Pada masa itu kilat sedang sabung menyabung, saya yang berada ditempat tinggi, memberanikan diri mengambil DSLR Nikon dan tripod terus membuat setting pada kamera dan merakam sejumlah gambar yang mampu saya ambil. Ternyata merakam gambar kilat semasa hujan memberi cabaran kepada saya dari segi ketepatan setting yang dibuat, masa yang sesuai untuk merakam gambar tesebut dan meberi perlindungan tambahan kepada peralatan fotografi. Setting yang dibuat merangkumi penggunaan apature yang betul, shutter speed dan white balance yang bersesuaiandengan keadaan yang hendak dirakam. Tetapi jangan dilupakan juga keselamatan diri semasa berada ditempat tinggi supaya kecelakaan dapat dihindari. Semoga saya dapat merakam gambar kilat yang  berlatarbelakang bangunan yang menarik dan dapat diabadikan untuk kenangan semasa hayat saya, 
Insya Allah.

Friday, August 13, 2010

Menghargai Alam & Kehidupan Semulajadi

Inilah manafaat yang diperolehi dari penulisan blog sendiri & semoga penulisan ini dapat mengingatkan kita bahawa tanggungjawab menghargai alam & kehidupan semulajadi datangnya dari usaha kita dahulu.