kamarolhalim.blogspot.com

Saturday, October 9, 2010

Thursday, October 7, 2010

Bakal Penulis Bebas


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Zamri Muhammad kerana sudi menganjurkan Bengkel Penulisan Hujung Minggu Penulis Bebas pada 2 Oct 2010 yang lepas. 
Segala ilmu yang dicurahkan akan dimanafaatkan oleh saya dan memberikan hasil penulisan yang mantap berinfomasi. Disamping itu juga, saya akan cuba mengabungkan elemen penulisan ini dan juga elemen fotografi untuk tatapan pengunjung dan pembaca blog saya. 
Dan pujian harus diberikan kepada Tuan Zamri Muhammad kerana usaha beliau memertabat Bahasa Melayu dalam penulisan dan juga melahirkan ramai lagi penulis bebas yang berilmu dan berkualiti, syabas kepada beliau dan usaha ini harus contohi oleh orang lain tidak kira apa bidang sekalipun tetapi mempunyai matlamat untuk membantu bangsa sendiri dan juga seagama. 
Tidak ketinggalan juga, Puan Ana yang merantau jauh dari utara semenanjung syabas kepada beliau kerana datang menghadiri bengkel yang dianjurkan. Segala penat lelah, usaha dan rintangan yang beliau tempuhi moga dapat ilmu yang diperlukan. 
Puan Alin yang berpengalaman luas dinegara asing juga harus dicontohi kerana beliau mempunyai azam yang kuat untuk mengharungi rintangan hingga sampai ke tahap ini berpandu kepada pengalaman yang beliau tempuhi sebelum ini. 
Disamping itu juga, kami diberi oleh Tuan Zamri Muhammad senaskah buku hitam sebagai peneman peserta dan pena untuk ditulis oleh kami, segala idea yang terdapat didalam minda peserta dan dicurahkan dalam bentuk tulisan didalam buku tersebut.
Akhir kata, ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Zamri Muhammad.